Posts

Showing posts from March, 2018

Candat sotong jom!

Image
Hey guysssss.. So harini saya akan ceritakan kepada anda tentang candat sotong. Saya rasa semua dah familiar dengan istilih mencandat sotong ni kan tapi tapi tapiiii.. saya yakin dan percaya korang ni mesti just tahu candat sotong ni tangkap sotonglah tapi anda taktahu caranya kan. Tengok pun mesti tak pernah. Untuk pengetahuan anda semua aktiviti mencandat sotong ini mendapat namanya kerana alatan yang kita gunakan semasa melakukan aktiviti ini iaitu candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut sotong yang hendak dicandat. Antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai. Alatan candat ni merupakan kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan seperti anak ikan ataupun udang plastik yang berkilat. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira

Memancing di Kelong

Image
Hye guys.. Kita berjumpa lagi hehe. Apa yang saya inginkan kongsikan kepada anda pada post kali ini adalah tentang memancing di kelong. Kelong? Apa tu kelong? tak pernah dengar pun. Haaa bagi sesiapa yang taktahu kelong tu apa kelong ini adalah binaan yang dibuat di luar persisiran pantai dan ia hanya dibuat oleh kayu. Fungsi kelong ini dibina adalah untuk tujuan perikanan atau untuk dijadikan tempat tinggal yang kedua bagi para nelayan. Selalunya kelong dibina tanpa menggunakan paku tetapi sebaliknya mereka menggunakan rotan untuk menyatukan kayu-kayu tersebut. Amboiii  arifnya admin ni pasal kelong hehe. Kalau anda semua nak memancing di kelong ni ada banyak risikonya. Risiko pasal keselamatan dan juga risiko untuk balik dengan tangan kosong. Kita tak mahulah perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita huhu. Oleh itu, sebelum kita memancing di kelong ni eloklah kita survey dulu tentang kelong yang kita hendak pergi. Pada masa sekarang ni tak susahlah kalau ki

Ketam Nipah Nyum Nyum Nyum

Image
Hey guys.. Good day for everyone sebab harini kannnn, saya akan berkongsikan kepada anda tentang ketam nipah. Dekat mana dia duduk.. macam mana nak cari dan kalau berkesempatan saya juga akan berkongsikan kepada anda semua resepi ibu saya sendiri iaitu ketam nipah masak So mari kita kenal kenal dulu ketam nipah ni apa sebenarnya. Selain daripada nama ketam nipah, ketam ini juga dipanggil sebagai ketam bakau ataupun ketam lumpur. Hal ini kerana habitatnya merupakan di kawasan hutan paya bakau yang berlumpur dan untuk pengetahuan anda semua ketam ini merupakan sejenis haiwan karnivor. Selain itu, ketam ini juga membiak secara bertelur dan beratnya boleh mencecah sehingga 4KG. Berat dan besar auuu. Untuk menangkap ketam nipah ini anda tidak boleh memancingnya tau, tetapi anda haruslah mengunakan bubu ataupun juga dikenali sebagai bento. Tetapi nak guna umpan apa ye. Haaaa umpan dia special sikit tau. Umpan yang digunakan adalah kepala ayam. Apa? Kepala ayam? Hahaha yupp. Ia m

Petua ataupun Pantang Larang memancing

Image
Assalammualaikum semua.. Harini saya akan berkongsikan kepada anda petua-petua ataupun pantang larang dalam memancing. Haaa dalam kita seronok-seronok memancing ni kita jangan lupa ye ada pantang larangnya jugakkk. Tapi terpulanglah kepada anda ye nak percaya ataupun tidak. Petua yang pertama yang ingin saya kongsikan kepada anda kita haruslah amalkan memberi salam apabila sampai ketempat kita hendak memancing. Memberi salam ni seolah olah memberikan pentanda bahawa niat kita baik. Ikhlaskanlah hati kita hanya untuk memancing demi mencari rezeki.Insyaallah, sekiranya niat kita baik, Allah akan permudahkan aktiviti memancing kita. Petua yang kedua, jika anda keluar memancing ketika larut malam di tempat-tempat seperti kawasan hutan ataupun di laut singgahlah dulu ye di tempat lain seperti kedai mamak ke.. kedai kopi ke.. Bila sampai di rumah pula berehat dahulu sebentar di luar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita diikuti oleh makhluk halus yang menetap di kawasan panc

Memancing di Jambatan Pulau Pinang

Image
Assalammualaikum pembaca semua di luar sana.. Haiii haiii haiiiiiii hehe.. Pada hari yang indah ini.. ingin saya berkon di bawah Jambatan Pulau Pinanggsikan kepada anda semua tentang tips-tips yang baru saya pelajari untuk memancing.. Memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang ini agak menarik dan mencabar.. Disebabkan itulah tempat ini menjadi antara tempat yang famous di antara kalangan pemancing yang berpengalaman. Untuk memancing di sini anda perlu membuat persediaan yang rapi dan perlu membawa peralatan memancing yang lengkap. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujannnn. Antara alatan yang terpenting untuk dibawa ke sini selain daripada joran adalah tali sepanjang 25 meter.. Bukan tali pancing ye, tapi tali untuk kita ikat joran kita pada tiang jambatan. Lahhhh kenapa pulak kena ikat joran ni? Alasannya adalah ikan di bawah jambatan ni saiznya bukan biasa biasa ye.. Semuanya yang bersaiz berkilo-kilo bukannya bergram-gram hehe. Sekali disentap oleh ikan ikan in

Kuala Gula

Image
Haiii haiiii hellooooo.. Harinin saya ingin menceritakan kenangan yang semanis gula kepada anda ketika saya memancing di Kuala Gula baru baru ini. Apa yang menjadi pencetus kepada saya untuk memancing di sini adalah kerana berita ini Berita ini menceritakan tentang seorang pemancing ini berjaya mendaratkan ikan kertang gergasi yang seberat 44 KG di Kuala Kurau. 44 KG tauuuuu.. bukannnn biasa biasa yeeee. Ikan tersebut terus dibeli  oleh peraih di sana dengan harga RM1500. Free free je dapat RM1500. Disebakan kejadian itu berlaku berhampiran dengan Kuala Gula, maka Kuala Gula Sanctuary Resort menjadi tempat singgahan saya yang seterusnya untuk memancing. Untuk pengetahuan anda mengapa saya memilih untuk memancing di sini, Kuala Gula Sanctuary Resort ini banyak menwarkan kemudahan-kemudahan yang lengkap kepada Pemancing. Kuala Gula Sanctuary Resort ini juga menawarkan perkhidmatan sewa bilik kepada pengunjung di sini.. Beranda bilik tersebut betul betul berhadapan de

Memancing di waktu malam

Image
Hye semua.. Assalammualaikum. Pernah tak anda rasa nak memancing je setiap masa.. Pagi memancing, petang memancing, malam pun nak memancing(Inilah ayat yang sering keluar dari mulut keluarga saya haha) Eh jap jap, Malam pun memancing? Tak bahaya ke? Haa kalau nak tahuu memancing malam ni lah bestttttttt. Nak tahu tak sebab apa? Haa mari saya terangkan. Kalau anda nak tahu, ikan ni lebih aktif pada waktu malam. Walaupun sebenarnya tiada bukti-bukti sainstifik yang mengatakan ikan lebih aktif pada waktu malam tetapi ramai pemancing-pemancing yang berpengalaman mengakui perkara ini. Pada pendapat saya mungkin faktor air pasang surut ataupun  suhu air yang sejuk menyebabkan ikan menjadi tersangfat aktif. Sebab yang kedua.. antara sebab-sebab yang terpenting bagi pemancing-pemancing yang hensem adalah tiada lagi sunburn. Selalunya kalau pemancing yang memancing pada waktu tengah hari kalau balik mesti kulitnya gelap dua kali ganda.. kadang kadang sampai family pun tak meng

Segantang Garam

Image
Hi everyone.. so harini saya akan share kepada anda satu tempat yang menjadi bualan pemancing pemancing di luar sana. Segantang Garam nama diberi, Cukup indah dan menenangkan diri, Banyak ikan yang boleh dipancing di sini, Marilah ramai-ramai ke mari. Apalah yang best sangat dekat Segantang Garam ni kan.. Haaa mari saya ceritakan kepada anda. Salah satu keistemewaan tempat ini adalah Chaletnya yang Terapung di atas atas air. Banyak aktiviti yang ditawarkan di Chalet terapung ini tapi aktiviti yang paling utama di sini adalah memancing. Di sini kita juga dapat lari dari kesibukkan bandar dan bersatu dengan alam.. Setibanya anda di sini, anda akan dapat saksikan burung-burung berkicaun chip chip chip.. Ikan ikan melompat keluar dari permukaan air. Pokok-pokok melambai-lambai di udara dan awan berarak menari-menari di langit. Inilah yang dimaksudkan definisi KETENANGAN.. Seterusnya, Chalet di Segantang Garam ini  menawarkan harga yang berpatutan  iaitu dari

Udang Galah Sepit Biru

Image
Good day for everyone.. Harini saya akan berkongsikan kepada anda semua tips tips memancing udang galah dengan mudah dan senanggggg!!!!! Untuk memancing udang galah terdapat banyak aspek yang perlu kita titik beratkan.. Yang pertama.. Pilihlah batang jorang yang lembut dan mudah melentur. Hal ini kerana, joran macamni baru lah senang nak detect udang galah tu dah tersangkut atau tidak dengan joran kita. Yang kedua.. untuk mata kail belilah dekat kedai memancing yang berdekatan anda. Belilah mata kail yang bersaiz 2,3 ataupun 4 seperti gambar di bawah.. Alaa murah je punnn tak sampai Rm 3 pun awakk. Yang ketiga.. batu ladung pula haaaa mestilah tak berat sangat dan tidak terlalu ringan sangat. Janji tidak dibawa arus sudahhhhh. Kalau takut dibawa arus pakailah stopper okay.. Yang terakhir..  yang paling penting sekaliiiii. Mestilah umpannya. Kalau tiada umpan macam mana lah nak dapat hasil kan kan. Tentang umpan ni ada banyak pendapat dan mazhab mazhabnya. Ta

Introduction

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di luar sana!!! Hi guys.. ini merupakan blog terbaru,terhebat dan terhangat di pasarannnnn!! Jadi meh meh follow saya yeee.. insyaallah saya akan update setiap minggu. Tak janji eh hehe. Okay guys, blog dah baru.. tapi nak cerita apa eh. Haaa saya nak cerita dan berkongsi kepada anda tentang minat saya iaitu memancinggg. Kalau nak ceritalah minat saya ni bermula apabila saya balik kampung tahun lepas.. dan saya terjumpalah satu joran buluh yang classic tu. Saya trylah test dekat parit depan kampung saya tu. Tiba tiba disambar ikan duri.. perghhh waktu tu semangat nak memancing tu memang berkobar berkobar haha walaupun ikan yang saya dapat tu taklah besar manapun tapi mampu menjadi pencetus kepada minat memancing saya.. Saya takdelah hebat sangat tentang memancing ni tapi.. bolehlah nak share tempat tempat yang best untuk memancing ataupun share sedikit tips tips yang boleh membantu anda untuk memancing dengan lebih

Ikatan Asas

Image
Halluuu guys.. post harini daripada saya ringkas je tapi padat tauuuu. Harini saya akan berkongsikan kepada anda dua ikatan yang asas. Tanpa dua ikatan jangan haraplah anda boleh memancing. Okay, ikatan pertama ini dinamakan sebagai Clinch Knot. 1. Masukkan tali pancing ke dalam lubang mata kail dan balut tali pancing tersebut sebanyak 7 atau 6 kali. Lebih banyak lebih bagus supaya ikatan tersebut akan lebih kuat. 2. Kemudian, masukkan ke dalam loop yang berhampiran dengan lubang mata kail dan patah balik ke dalam loop yang lebih besar seperti di dalam gambar. 3.Seterusnya tarik kedua hujung tali pancing sekuat yang mungkin supaya tali pancing tersebut diikat kuat dengan mata kail. 4. Potong tali pancing yang berlebihan. Senang bukan? Ikatan ini digunakan untuk mengikat mata kail dengan sempurna dan juga mudah. Ikatan asas kedua yang akan saya kongsikan adalah ikatan Perfection loop. 1. Mula mula anda buatlah satu loop 2. Seterusnya anda bua