Kuala Gula
Haiii haiiii hellooooo..
Harinin saya ingin menceritakan kenangan yang semanis gula kepada anda ketika saya memancing di Kuala Gula baru baru ini. Apa yang menjadi pencetus kepada saya untuk memancing di sini adalah kerana berita ini
Harinin saya ingin menceritakan kenangan yang semanis gula kepada anda ketika saya memancing di Kuala Gula baru baru ini. Apa yang menjadi pencetus kepada saya untuk memancing di sini adalah kerana berita ini
Berita ini menceritakan tentang seorang pemancing ini berjaya mendaratkan ikan kertang gergasi yang seberat 44 KG di Kuala Kurau. 44 KG tauuuuu.. bukannnn biasa biasa yeeee. Ikan tersebut terus dibeli oleh peraih di sana dengan harga RM1500. Free free je dapat RM1500.
Disebakan kejadian itu berlaku berhampiran dengan Kuala Gula, maka Kuala Gula Sanctuary Resort menjadi tempat singgahan saya yang seterusnya untuk memancing. Untuk pengetahuan anda mengapa saya memilih untuk memancing di sini, Kuala Gula Sanctuary Resort ini banyak menwarkan kemudahan-kemudahan yang lengkap kepada Pemancing.
Kuala Gula Sanctuary Resort ini juga menawarkan perkhidmatan sewa bilik kepada pengunjung di sini.. Beranda bilik tersebut betul betul berhadapan dengan muara sungai jadi senanglah untuk pemancing memancing di sini.
Harga sewa bilik di sini tidak terlalu murah dan juga tidak terlalu mahal.. Tetapi pada pendapat saya harga tersebut berbaloi dengan apa yang kita dapat.. Untuk standard room harganya adalah RM120 tetapi pada hujung minggu RM150. Untuk superior room pula harga yang ditetapkan adalah RM150 tetapi pada hujung minggu RM170.
Untuk pengetahuan anda semua Kuala Gula Sanctuary Resort ini amatlah penting kerana tempat ini merupakan kawasan mencari makan untuk burung-burung yang berhijrah dan juga tempat untuk burung burung residen bertelur. Ketika saya memancing dinsini banyak burung burung yang cantik kelihatan..
Sekiranya anda ingin melihat burung burung ini dengan lebih dekat anda boleh menyewa bot nelayan di sini dengan kadar bayaran yang berpatutan.. Apa yang dapat sayalihat ketika saya memancing di sini bot nelayan yang disewa bukan sahaja untuk melihat burung burung di sini tetapi ada juga yang menyewa untuk tujuan memancing. Sekiranya anda sudah bosan memancing di beranda tu bolehlah pergi sewa bot pulak.
Satu lagi perkara yang saya ingin kongsikan kepada anda, pemandangan matahari terbenam yang bertemankan bunyi bunyi burung yang unik di Kuala Gula Sanctuary Resort ini amatlah cantik dan menenangkan jiwa sekiranya kita mengamati pemandangan ini betul betul..
Apabila malam sudah menjelma.. Perut pun sudah lapar.. jadi saya pun ambil keputusan untuk berhenti sebentar daripada aktiviti memancing dan menjamu selera di kedai yang berdekatan dengan chalet tersebut. Kedai tersebut diberikan nama JS Muara..
Kalau anda semua nak tahu di JS Muara ini telah menjadi bualan mulut orang ramai kerana Ketam lembutnya yang enak dimakan panas panas.. dan juga kari ikan sembilangnya yang pekat dan enak hehehe..
Selepas mencuba ketam lembut ini sendiri perghhhh memang sedap weh.. Memang betullah bualan mulut orang di sini, memang sedap dan terbaik. Mudah dimakan begitu sahaja. Ketam ini dijual dengan harga RM 8 seekor sahaja.
Sekiranya umpan anda telah habis pada waktu malam, anda boleh beli di JS Muara ini kerana mereka ada menjual anak udang frozen di sini. Kebanyakkannya ikan Gelamalah yang selalu makan umpan ni.
Penginapan saya berakhir dengan hasil tangkapan yang tidak seberapa banyak. Hal ini kerana, pada hari tersebut air tidak beberapa cantekk. Disebabkan itulah sebelum anda menginap di sini silalah bertanya kepada penduduk tempatan tentang keadaan air terlebih dahulu..
Saya berharap post saya ini dapat membantu anda untuk mencari tempat tempat yang terbaik untuk memancing..
Itu sahaja daripada sayaaaa.. kita berjumpa lagi pada post yang seterusnya byebye.
Comments
Post a Comment