Segantang Garam
Hi everyone.. so harini saya akan share kepada anda satu tempat yang menjadi bualan pemancing pemancing di luar sana.
Segantang Garam nama diberi,
Cukup indah dan menenangkan diri,
Banyak ikan yang boleh dipancing di sini,
Marilah ramai-ramai ke mari.
Apalah yang best sangat dekat Segantang Garam ni kan.. Haaa mari saya ceritakan kepada anda. Salah satu keistemewaan tempat ini adalah Chaletnya yang Terapung di atas atas air. Banyak aktiviti yang ditawarkan di Chalet terapung ini tapi aktiviti yang paling utama di sini adalah memancing.
Di sini kita juga dapat lari dari kesibukkan bandar dan bersatu dengan alam.. Setibanya anda di sini, anda akan dapat saksikan burung-burung berkicaun chip chip chip.. Ikan ikan melompat keluar dari permukaan air. Pokok-pokok melambai-lambai di udara dan awan berarak menari-menari di langit. Inilah yang dimaksudkan definisi KETENANGAN..
Seterusnya, Chalet di Segantang Garam ini menawarkan harga yang berpatutan iaitu dari harga RM60 ke RM250.. Sekiranya anda tidak mahu menyewa chalet dan ingin memancing sahaja, di sini juga ada menawarkan pelantar untuk memancing sahaja dengan harga serendah RM 15 tanpa had masa.. SAYA ULANG KEMBALI, TIADA HAD MASA!!
And perlu menempah sekurang kuranya awal sebulan kerana di chalet ini sentiasa dipenuhi orang..
Selain itu, di Chalet Segantang Garam ini ada menawarkan pakej bot untuk penginap menyusuri Sungai Merbok dan menikmati keindahan hutan paya bakau(Jangan risau yee, pemandu-pemandu bot dekat sini semuanya hebat dan berpengalaman dan mereka tahu dekat mana kawasan-kawasan yang cantik pemandangannya. Kadar bayaran bagi bot ini adalah mengikut tempat yang anda mahu pergi.
Maklumat tambahan bagi anda semua.. SILA BERTANYA DAHULU kepada penduduk tempatan tentang bilakah masa yang sesuai untuk memancing dekat sini. Kita taknaklah awak semua pergi sana bayar bayar mahal tak dapat ikan pulak hehe. Lagi satu, perkara yang amat penting.. tanyalah kepada penduduk tempatan tentang penggunaan umpan juga ye. Lain sungai.. lainlah diet ikannya hehe.
Saya harap perkongsian saya ini mampu menolong anda untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik untuk memancing. Adiossss ye semuaaaaaaa!!
Comments
Post a Comment