Ikatan Asas
Halluuu guys.. post harini daripada saya ringkas je tapi padat tauuuu.
Harini saya akan berkongsikan kepada anda dua ikatan yang asas. Tanpa dua ikatan jangan haraplah anda boleh memancing.
Okay, ikatan pertama ini dinamakan sebagai Clinch Knot.
Harini saya akan berkongsikan kepada anda dua ikatan yang asas. Tanpa dua ikatan jangan haraplah anda boleh memancing.
Okay, ikatan pertama ini dinamakan sebagai Clinch Knot.
1. Masukkan tali pancing ke dalam lubang mata kail dan balut tali pancing tersebut sebanyak 7 atau 6 kali. Lebih banyak lebih bagus supaya ikatan tersebut akan lebih kuat.
2. Kemudian, masukkan ke dalam loop yang berhampiran dengan lubang mata kail dan patah balik ke dalam loop yang lebih besar seperti di dalam gambar.
3.Seterusnya tarik kedua hujung tali pancing sekuat yang mungkin supaya tali pancing tersebut diikat kuat dengan mata kail.
4. Potong tali pancing yang berlebihan.
Senang bukan? Ikatan ini digunakan untuk mengikat mata kail dengan sempurna dan juga mudah.
Ikatan asas kedua yang akan saya kongsikan adalah ikatan Perfection loop.
1. Mula mula anda buatlah satu loop
2. Seterusnya anda buatlah satu loop yang lebih kecil di hadapan loop awal anda.
3. Kemudian buat satu loop lagi di tengah tengah loop pertama dan kedua anda.
4.Tarik loop kedua anda kedalam loop yang pertama. Tarik ketat ketat supaya ikatan itu kuat.
5. Potong tali pancing yang berlebihan..
Ikatan Perfection loop ini amat penting bagi menyambung rerambut kepada swivel.
Haaaa tak susah pun kan.. Harap ikatan asas ini dapat membantu sesiapa sahaja yang baru nak berjinak dalam bidang memancing ini.
Comments
Post a Comment