Memancing di Jambatan Pulau Pinang
Assalammualaikum pembaca semua di luar sana.. Haiii haiii haiiiiiii hehe..
Pada hari yang indah ini.. ingin saya berkon di bawah Jambatan Pulau Pinanggsikan kepada anda semua tentang tips-tips yang baru saya pelajari untuk memancing..
Pada hari yang indah ini.. ingin saya berkon di bawah Jambatan Pulau Pinanggsikan kepada anda semua tentang tips-tips yang baru saya pelajari untuk memancing..
Memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang ini agak menarik dan mencabar.. Disebabkan itulah tempat ini menjadi antara tempat yang famous di antara kalangan pemancing yang berpengalaman. Untuk memancing di sini anda perlu membuat persediaan yang rapi dan perlu membawa peralatan memancing yang lengkap. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujannnn.
Antara alatan yang terpenting untuk dibawa ke sini selain daripada joran adalah tali sepanjang 25 meter.. Bukan tali pancing ye, tapi tali untuk kita ikat joran kita pada tiang jambatan. Lahhhh kenapa pulak kena ikat joran ni? Alasannya adalah ikan di bawah jambatan ni saiznya bukan biasa biasa ye.. Semuanya yang bersaiz berkilo-kilo bukannya bergram-gram hehe. Sekali disentap oleh ikan ikan ini boleh melayang joran kita sekiranya tidak diikat dengan betul.
Seterusnya, alatan yang perlu dibawa ke sini adalah.. Kolam mandi budak budak yang bersaiz kecil sahaja. Eh kenapa nak bawak kolam budak? Nak bagi mandi anak ke? Bukan sebenarnya.. Kolam ini digunakan untuk meletakkan umpan yamh hidup. Ikan di bawah jambatan Pulau Pinang ini tak mainlah umpan-umpan yang tak bernyawa ni. Sekranya anda lupa untuk membawa umpan anda, anda boleh cari ikan ikan kecil berhampiran dengan tepi jambatan tersebut dengan teknik memancing APOLLO. Air di dalam kolam perlu ditukar supaya umpan hidup tersebut boleh hidup dengan lebih lama.
Selain itu, untuk memancing di sini anda juga perlu membawa makanan anda sendiri.. Takkanlah nak berlaparan sambil memancing. Tak bestlah kalau macamtu.. Antara makanan yang mudah dibawa, tahan lama dan yang paling penting mengenyangkan adalah roti, sardin. Sekiranya anda malas untuk membawa makanan anda sendiri tekong bot di sini ada menawarkan servis penghantaran makanan. Tekong bot di sini menawarkan harga RM7 untuk nasi sebungkus nasi berlauk sayur dan ayam. Tak lupa juga.. anda perlulah bawa air mineral yang mencukupi kerana ketika waktu tengah hari suhu di bawah jambatan ini amatlah panas jadi anda akan menjadi cepat dihydrasi.
Antara ikan ikan yang boleh dipancing di sini
Di samping itu, untuk pengetahuan anda semua setiap tiang terdapat lubuk ikan yang berbeza. Lain pemancing lainlah tiang yang menjadi favourite mereka. Sekiranya anda keliru untuk memilih tiang yang mana anda boleh bertanyakan pada tekong bot tentang tiang yang mana yang boleh dapat ikan besar-besar ni.. Mereka mestilah lebih berpengalaman dan arif tentang perkara tersebut.
Akhir sekali, menurut mereka yang pernah memancing di sini.. kadang-kadang akan kelihatan ikan lumba-lumba yang bermain berhampiran dengan kawasan Jambatan ini. Sekiranya anda terlihat ikan lumba-lumba ini ia bukannya petanda baik bagi anda. Hal ini kerana, risiko untuk pulang dengan tangan kosong amatlah tinggi. Tetapi janganlah bersedih ye teman-teman.. Biasalah memancing ni, ada hari adalah rezeki kita. Kita hanya mampu bersabar sahaja hehe.
Itu sahaja daripada saya.. Saya berharap post kali ini mampu memberi sedikit sebanyak maklumat kepada anda semua. Sekiranya anda ada hajat ingin memancing di bawah jambatan ini anda boleh call ke 0174249314. Nombor tersebut adalah nombor telefon salah satu tekong bot di situ. Tapi sebelum itu.. Ingat yeeee buat persediaan rapi ye.
Comments
Post a Comment