Candat sotong jom!
Hey guysssss.. So harini saya akan ceritakan kepada anda tentang candat sotong. Saya rasa semua dah
familiar dengan istilih mencandat sotong ni kan tapi tapi tapiiii.. saya yakin dan percaya korang ni mesti just tahu candat sotong ni tangkap sotonglah tapi anda taktahu caranya kan. Tengok pun mesti tak pernah.
Untuk pengetahuan anda semua aktiviti mencandat sotong ini
mendapat namanya kerana alatan yang kita gunakan semasa melakukan aktiviti ini
iaitu candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan
jenama yang dibuat mengikut sotong yang hendak dicandat. Antaranya ialah Candat
Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai.
Alatan candat ni merupakan kail yang mempunyai sehingga
sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain
yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan seperti anak
ikan ataupun udang plastik yang berkilat. Kesesuaian candat dengan sotong yang
hendak ditangkap juga perlu diambil kira.
Next kita akan pergi pula pada musim ataupun masa yang
sesuai untuk kita mencadat sotong. Musim ini bermula angin kencang musim
tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda. Waktu inilah musim
sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Sotong-Sotong yang jauh dari
laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur. Haa waktu
inilah kita boleh mula mencandat dengan sakan. Contohnya apabila musim
mencandat tiba di perairan Terengganu. Kita boleh lihat perairan Terengganu waktu
tu bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban
malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik
perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan
bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu
berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti
apabila fajar menyingsing.
Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan
mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas. Bagaimanapun, sotong
yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang
ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah
menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana
lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati
cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu
tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo
sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.
Selain Candat Udang ada jugak candat ini yang bernama Candat Twist. Candat ini biasanya dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya.
Itu sajalah yang boleh saya kongsikan pada kali ini.. Saya harap post kalini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda tentang candat sotong ni. Kalau anda ada nak menambah lagi apa apa informasi ataupun ada sebarang pertanyaan silalah komen okay. Sharing is Caring.
Comments
Post a Comment