Memancing di waktu malam
Hye semua.. Assalammualaikum.
Pernah tak anda rasa nak memancing je setiap masa.. Pagi memancing, petang memancing, malam pun nak memancing(Inilah ayat yang sering keluar dari mulut keluarga saya haha) Eh jap jap, Malam pun memancing? Tak bahaya ke? Haa kalau nak tahuu memancing malam ni lah bestttttttt. Nak tahu tak sebab apa? Haa mari saya terangkan.
Kalau anda nak tahu, ikan ni lebih aktif pada waktu malam. Walaupun sebenarnya tiada bukti-bukti sainstifik yang mengatakan ikan lebih aktif pada waktu malam tetapi ramai pemancing-pemancing yang berpengalaman mengakui perkara ini. Pada pendapat saya mungkin faktor air pasang surut ataupun suhu air yang sejuk menyebabkan ikan menjadi tersangfat aktif.
Sebab yang kedua.. antara sebab-sebab yang terpenting bagi pemancing-pemancing yang hensem adalah tiada lagi sunburn. Selalunya kalau pemancing yang memancing pada waktu tengah hari kalau balik mesti kulitnya gelap dua kali ganda.. kadang kadang sampai family pun tak mengaku hahaha.
Seterusnya, memancing ketika waktu malam ni lebih indah bak kata orang. Antara sebabnya adalah anda dapat lihat bintang yang berkelipan di langit.. Kelip kelip yang berkelipan jika anda memancing di kawasan hutan dan paya bakau. Pada masa inilah kita dapat melihat kebesaran Allah s.w.t.
TAPI.. dalam keseronokan memancing malam ni ada bahayanya jugak.. so saya juga nak share kepada anda semua tips-tips untuk memancing pada waktu malam, supaya kita lebih prepare dengan apa jua terjadi ketika kita memancing pada waktu malam.
Tips yang pertama dan paling penting adalah torchlight.. Torchlight amatlah penting untuk memancing pada waktu malam kerana ia merupakan sumber cahaya kepada anda. Selalunya, headlamp lah yang selalu digunakan oleh pemancing-pemancing. Tanpa torchlight kita tak boleh nak ikat mata kail, tak boleh nak pasang umpan macam macam lah tak boleh so lebih baik balik je kalau tertinggal torchlight.
Tips yang kedua, kalau dah bawak torchlight tu janganlah kita suluh suluh ke arah air. Suluhan cahaya ke arah air ini akan menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita. Ikan pun mestilah pandai jugak untuk survive dari pemancing.
Tips yang ketiga, adalah silalah bawak ubat nyamuk ye.. Nyamuk-nyamuk dekat kawasan memancing ni sangatlah extreme dan ganas. Tak seronoklah memancing kalau nyamuk asyik gigit kita kannn.
Tips yang keempat pula tentang keselamatan.. Kalau nak memancing ajaklah rakan rakan ye, janganlahn memancing sorang-sorang. Hal ini kerana, ia dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan. Selain itu, kita perlulah buat unggun api supaya haiwan haiwan buas dan berbisa tidak menghampiri kawan pancingan kita.
Okay.. itu saje daripada sayaaa, saya harap dengan perkongsian saya ini saya dapat membantu anda semua untuk memancing ketika waktu malam lebih seronok dan selamat
Sekiannnnn..
Seterusnya, memancing ketika waktu malam ni lebih indah bak kata orang. Antara sebabnya adalah anda dapat lihat bintang yang berkelipan di langit.. Kelip kelip yang berkelipan jika anda memancing di kawasan hutan dan paya bakau. Pada masa inilah kita dapat melihat kebesaran Allah s.w.t.
TAPI.. dalam keseronokan memancing malam ni ada bahayanya jugak.. so saya juga nak share kepada anda semua tips-tips untuk memancing pada waktu malam, supaya kita lebih prepare dengan apa jua terjadi ketika kita memancing pada waktu malam.
Tips yang pertama dan paling penting adalah torchlight.. Torchlight amatlah penting untuk memancing pada waktu malam kerana ia merupakan sumber cahaya kepada anda. Selalunya, headlamp lah yang selalu digunakan oleh pemancing-pemancing. Tanpa torchlight kita tak boleh nak ikat mata kail, tak boleh nak pasang umpan macam macam lah tak boleh so lebih baik balik je kalau tertinggal torchlight.
Tips yang ketiga, adalah silalah bawak ubat nyamuk ye.. Nyamuk-nyamuk dekat kawasan memancing ni sangatlah extreme dan ganas. Tak seronoklah memancing kalau nyamuk asyik gigit kita kannn.
Tips yang keempat pula tentang keselamatan.. Kalau nak memancing ajaklah rakan rakan ye, janganlahn memancing sorang-sorang. Hal ini kerana, ia dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan. Selain itu, kita perlulah buat unggun api supaya haiwan haiwan buas dan berbisa tidak menghampiri kawan pancingan kita.
Okay.. itu saje daripada sayaaa, saya harap dengan perkongsian saya ini saya dapat membantu anda semua untuk memancing ketika waktu malam lebih seronok dan selamat
Sekiannnnn..
Comments
Post a Comment