Memancing di Kelong
Hye guys.. Kita berjumpa lagi hehe. Apa yang saya inginkan
kongsikan kepada anda pada post kali ini adalah tentang memancing di kelong.
Kelong? Apa tu kelong? tak pernah dengar pun. Haaa bagi sesiapa yang taktahu
kelong tu apa kelong ini adalah binaan yang dibuat di luar persisiran
pantai dan ia hanya dibuat oleh kayu. Fungsi kelong ini dibina adalah untuk
tujuan perikanan atau untuk dijadikan tempat tinggal yang kedua bagi para
nelayan. Selalunya kelong dibina tanpa menggunakan paku tetapi sebaliknya
mereka menggunakan rotan untuk menyatukan kayu-kayu tersebut. Amboiii
arifnya admin ni pasal kelong hehe.
Kalau anda semua nak memancing di kelong ni ada banyak
risikonya. Risiko pasal keselamatan dan juga risiko untuk balik dengan tangan
kosong. Kita tak mahulah perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita huhu.
Oleh itu, sebelum kita memancing di kelong ni eloklah kita survey dulu tentang
kelong yang kita hendak pergi. Pada masa sekarang ni tak susahlah kalau kita
nak buat survey pasak kelong ni. Semuanya terletak di hujung jari je tau.
Sama ada malas atau tak je.
Pertama sekali apa yang kita perlu survey? Mestilah kita
perlu survey tahap keselamatan kelong kerana hal ini amat penting tambah tambah
lagi jika bawak anak kecil ke sini. Mungkin ramai pemancing yang mengabaikan perkara
ini tetapi hakikatnya keselamatan diri adalah perkara yang perlu diutamakan
sebelum dan selepas memancing. Saban hari kita sering mendengar berita yang
menyedihkan akibat kemalangan di laut. Jangan lupa yeeee sila pastikan
pengusaha kelong menyediakan jaket keselamatan sebelum bertolak ke
kelong.
Yang kedua barulah kita survey species-species ikan yang
selalu didaratkan oleh kaki pancing di kelong yang anda mahu pergi. Mengetahui
jenis ikan yang didaratkan memudahkan kita membuat andaian umpan yang perlu
dibawa semasa memancing. Contohnya kalau kelong tersebut terkenal dengan
species ikan Talang, maka kita boleh suaikan umpan kita untuk Ikan talang.
Takdelah kita pulang dengan tangan kosong nanti.
Yang ketiga pula kita boleh survey umpan sedia ada yang
terdapat di sekitar kelong. Biasanya penggunaan umpan tempatan lebih sesuai
berbanding umpan yang dibawa dari darat. Contoh kebiasaannya ikan yang datang
ke kelong ofcourselah kerana hendak mencari makanan yang terdapat disekeliling
kelong. Jadi penggunaan umpan hidup dan segar menjadi pilihan ikan di kelong.
Setetusnya kita boleh servay tahap layanan pengusaha kelong.
Ada pengusaha kelong hanya membuat perkhidmatan hantar dan ambil sahaja. Ada
juga pengusaha kelong turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang
boleh dipesan melalui sms atau whatsapp. Dengan adanya maklumat kita boleh buat
persediaan membawa bekalan makanan jika tiada perkhidmatan menghantar makanan.
Jangan ada yang berlapar dan dahaga pula semasa memancing.
Selain itu ada pengusaha kelong turut menyediakan
perkhidmatan menyediakan umpan yang dipesan. Perkhidmatan ini juga sangat
berguna kerana memudahkan urusan kita dan tak perlu kelam kabut mencari umpan
sebelum pergi memancing.
Kita juga boleh survey di mana ada kelong yang menyediakan
khidmat guide. Kalau kita pertama kali menjejak kaki ke kelong sesuailah
mengambil perkhidmatan guide ini. Selain memudahkan urusan dan alatan, kita
boleh terus belajar teknik yang betul memancing disesuatu kelong. Kalau kita
pergi ke kelong tanpa pengetahuan yang betul tak mustahil anda akan membangau
di atas kelong. Biar berbelanja lebih sedikit untuk kepuasan memancing yang
maksima.
Okay itu sahajalah untuk post kalini. Ingat ye semua sape sape nak memancing tu buatlkah survey dulu ye dan jangan lupa.. Keselamatan haruslah diutamakan. Sekian Assalammualaikum hehe.
Comments
Post a Comment