Udang Galah Sepit Biru

Good day for everyone..

Harini saya akan berkongsikan kepada anda semua tips tips memancing udang galah dengan mudah dan senanggggg!!!!!



Untuk memancing udang galah terdapat banyak aspek yang perlu kita titik beratkan..

Yang pertama.. Pilihlah batang jorang yang lembut dan mudah melentur. Hal ini kerana, joran macamni baru lah senang nak detect udang galah tu dah tersangkut atau tidak dengan joran kita.



Yang kedua.. untuk mata kail belilah dekat kedai memancing yang berdekatan anda. Belilah mata kail yang bersaiz 2,3 ataupun 4 seperti gambar di bawah.. Alaa murah je punnn tak sampai Rm 3 pun awakk.


Yang ketiga.. batu ladung pula haaaa mestilah tak berat sangat dan tidak terlalu ringan sangat. Janji tidak dibawa arus sudahhhhh. Kalau takut dibawa arus pakailah stopper okay..

Yang terakhir..  yang paling penting sekaliiiii. Mestilah umpannya. Kalau tiada umpan macam mana lah nak dapat hasil kan kan. Tentang umpan ni ada banyak pendapat dan mazhab mazhabnya. Tapi umpan yang sering saya gunakan adalah anak udang dan juga umpun umpun.


Untuk umpan ni kan korang tak bolehlah nak guna umpan yang sama tempat yang berbeza. Lain tempat lainlah diet udang udang tersebut. Jadi tanyalah pemancing pemancing dekat tempat yang anda ingin memancing tentang umpan yang sesuai boleh digunakan dekat tempat itu. Malu bertanya sesat jalan ye hehe.

Seterusnya antara tips-tips yang pemancing sering gunakan adalah

1. Tabur tanah yang berbabu cacing di tempat yang anda ingin melabuhkan umpan. Barulah udang udang tertarik..

2. Gunakanlah kekili yang ada ada manik berwarna warni.. hal hal kerana, udang udang ni sangat tertarik dengan benda benda yang shining ni. Kalau malam pakailah manik yang berwarna hijau ye.

Itu sajalah yang dapat dikongsikan daripada saya.. harap dapat membantu hehe



Comments

Popular posts from this blog

Memancing di Kelong

Candat sotong jom!

Memancing di Jambatan Pulau Pinang