Ketam Nipah Nyum Nyum Nyum

Hey guys.. Good day for everyone sebab harini kannnn, saya akan berkongsikan kepada anda tentang ketam nipah. Dekat mana dia duduk.. macam mana nak cari dan kalau berkesempatan saya juga akan berkongsikan kepada anda semua resepi ibu saya sendiri iaitu ketam nipah masak


So mari kita kenal kenal dulu ketam nipah ni apa sebenarnya. Selain daripada nama ketam nipah, ketam ini juga dipanggil sebagai ketam bakau ataupun ketam lumpur. Hal ini kerana habitatnya merupakan di kawasan hutan paya bakau yang berlumpur dan untuk pengetahuan anda semua ketam ini merupakan sejenis haiwan karnivor. Selain itu, ketam ini juga membiak secara bertelur dan beratnya boleh mencecah sehingga 4KG. Berat dan besar auuu.



Untuk menangkap ketam nipah ini anda tidak boleh memancingnya tau, tetapi anda haruslah mengunakan bubu ataupun juga dikenali sebagai bento. Tetapi nak guna umpan apa ye. Haaaa umpan dia special sikit tau. Umpan yang digunakan adalah kepala ayam. Apa? Kepala ayam? Hahaha yupp. Ia mudah didapati. Anda semua boleh mintak dekat pasar pagi yang berdekatan. Minta secara baik ye.. diorang mesti bagi punyaaa. Selain daripada mengunakan bubu ada jugak golongan golongan yang veteran ni menangkap dengan menggunakan tangan kosong. Tetapi risikonya amat amat besar. Disebabkan ketam nipah hidupnya di dalam lubang jadi kita haruslah seluk tangan kita ke dalam lubang tersebut. Tetapi sebelum menyeluk tangan kita dalam lubang tersebut golong golongan veteran ini akan mencucuk lubang ini dengan batang besi. Hal ini kerana untuk mengelakkan risiko jika haiwan lain yang berbisa yang tinggal di dalam lubang itu.  Kot kot lah ada ular ke. Haaa naya kita.


Next kita pergi pula kepada harganya pula. Untuk harga umum ia bergantung pada dekat mana pasarannya. Tetapi range harga untuk ketam ini adalah Rm15 hingga Rm45. Mahal kan? Of course lah mahal kerana risiko untuk mencari ketam nipah ni amat tinggi. Anda perlu meredah hutan paya bakau yang penuh dengan haiwan haiwan yang berbisa dan liar untuk mendapatkannnya.

Hmmm apa lagi ye saya nak cerita.. ops terlupa pula seperti yang dijanjikan saya akan berkongsikan kepada anda semua resepi ibu saya sendiri iaitu Ketam Nipah Goreng Cili nyum nyum nyum. Resepi ni kalau kita makan dengan nasi putih dan sajian sayur perghhh mampu membuat kita terangkat au. Ketam nipah ni kalau anda nak tahu rasanya lebih manis daripada ketam lain so sexuailah ia kalau dimasak cili. Pedas pedas manis gitu..

Taknak cakap banyak.. inilah resepi yang teragung dari ibu saya yang mudah diikuti dan dibuat.



Bahan-bahannya
  • 500 gm ketam nipah yang yang  dibasuh bersih
  • 50 gm cili padi
  • 100 gm cili merah dan 100 gm bawang besar dikisar bersama
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap masin

Cara cara membuatnya

  • Tumis campuran cili merah dan bawang hingga garing dan mmengeluarkan bau.
  • Masukkan pula sos cili tomato,tiram dan cili bersama sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  • Selepas itu barulah kita masukkan ketam nipah tersebut bersama cili padi, kicap masin garam dan gula.
  • Gaul hingga rata ye dan sedia untuk dihidangkan.
Haaaaa mudahkannn. So jangan lupa try dekat rumah tau tau. Saya harap post kali ini dapat bantu anda untuk mengetahui lebih mendalam tentang ketam nipah. Sayanora.. byebye


Comments

Popular posts from this blog

Memancing di Kelong

Candat sotong jom!

Memancing di Jambatan Pulau Pinang