Petua ataupun Pantang Larang memancing

Assalammualaikum semua.. Harini saya akan berkongsikan kepada anda petua-petua ataupun pantang larang dalam memancing. Haaa dalam kita seronok-seronok memancing ni kita jangan lupa ye ada pantang larangnya jugakkk. Tapi terpulanglah kepada anda ye nak percaya ataupun tidak.



Petua yang pertama yang ingin saya kongsikan kepada anda kita haruslah amalkan memberi salam apabila sampai ketempat kita hendak memancing. Memberi salam ni seolah olah memberikan pentanda bahawa niat kita baik. Ikhlaskanlah hati kita hanya untuk memancing demi mencari rezeki.Insyaallah, sekiranya niat kita baik, Allah akan permudahkan aktiviti memancing kita.

Petua yang kedua, jika anda keluar memancing ketika larut malam di tempat-tempat seperti kawasan hutan ataupun di laut singgahlah dulu ye di tempat lain seperti kedai mamak ke.. kedai kopi ke.. Bila sampai di rumah pula berehat dahulu sebentar di luar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita diikuti oleh makhluk halus yang menetap di kawasan pancingan anda dan memasuki rumah kita.




Manakala petua yang ketiga dan yang paling penting sekali adalah jaga mulut kita. Jangan pernah sesekali celupar, bercakap besar dan suka menegur perkara-perkara yang pelik. Jika sesuatu yang aneh dan luar biasa berlaku. Bacalah ayat kursi dalam hati. Jika benar-benar anda terdesak laungkanlah azan. Jangan panik dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.




Seterusnya, petua ini amat penting bagi sesiapa yang terlupa untuk membawa ice box ketika memancing. Untuk kita mengelakkan ikan daripada busuk. Kita perlulah siang ikan tersebut dan dibuang segala isi perut dan dibuang segala isi perutnya. TAPI INGAT ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas surat kabar SEEKOR demi SEEKOR. Letakkan lah bungkusan tersebut di tempat yang teduh ye. Insyaallah ikan tersebut akan kekal segar dalam masa 24 jam.




Next petua adalah untuk pemancing-pemancing yang gemar memancing di persisiran pantai. Sekiranya anda joran anda disentap oleh ikan pari dan berjaya menariknya naik ke persisiran pantai, pemancing selalunya akan menghadapi masalah. Hal ini kerana, akan melekap ke pasir. Jangan sesekali cuba pegang ikan pari tersebut kerana kemungkinan ia akan menyengat kita. Oleh itu gunakanlah daun sireh atau daun pokok tembakau dan digosokkan pada tali pancing hingga berbunyi ye. Ikan pari tersebut akan berasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Okay.. itu jelah yang saya mampu kongsikan kepada anda kali ini. Saya harap post saya kali ini dapat membantu anda untuk menjadi pemancing yang lebih hebat lagi dan ingat kalau boleh silalah amalkan petua petua di atas ye kerana petua-petua ini tidak dibuat dengan sengaja. Mesti ada sebab-sebab yang tertentu. Mereka yang buat petua-petua ni berdasarkan pengalaman mereka. Jadi apa yang kita boleh elak, kita elak.  Okaylah.. Bubye ye semua.

Comments

Popular posts from this blog

Memancing di Kelong

Candat sotong jom!

Memancing di Jambatan Pulau Pinang