Posts

Tips-Tips memancing di kolam

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. selama saya menjadi blogger ini dah banyak tips-tips yang saya kongsikan kepada anda semua. Memancing dekat kelong dah.. memancing dekat bawah jambatan pun dah.. memancing waktu malam pun dah. Haaaa kali ni lain pulak tempat yang ingin saya kongsikan pada anda. Ada orang cakap tempat ni tak ekstrem dan tidak memberi cabaran langsung kepada pemancing. Benarkah perkara tersebut. Memancing di kolam menjadi tajuk utama yang ingin saya kongsikan kepada anda harini.. memancing di kolam ini nampak je mudah tapi kalau tak kena dengan umpan yang betul.. hmmm hampeh memang balik tangan kosonglah nak. Oleh itu saya nasihatkan pada anda semua  janganlah bayar dan terus pancing. Sebaliknya, anda perlulah menjadi pemancing yang bijak dengan bertanyakan soalan kepada pemancing-pemancing dekat kolam tersebut. Bro, malu bertanya sesat jalan tau. Sekiranya anda telah berjaya mendapat formula umpan yang betul dekat kolam berkenaan jangan haraplah untuk berjaya

Pulau Pemanggil memanggil-manggil..

Image
Hey guys.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca. Harini saya rasaa malaslah nak kongsi tips-tips ni. Harini saya just nak kongsikan sebuah pulau yang amat cantik dan boleh juga dikatan antara syurga syurga dunia pada para pemancing. Sebuah pulau yang cukup popular di Johor. Pantainya yang bersih.. pasirnya yang putih jernih dan didiami oleh beratus hidupan yang berwarna-warni. Pulau yang terletak di Mersing Johor ini mempunyai kisah misterinya tersendiri. Salah satunya adalah kisah tentang bagaimana ia mendapat namanya. Pulau ini dikatakan mengeluarkan bunyi seakan-akan gong dan sesiapa yang mendengar bunyi gong ini, perasaan memanggil-manggil akan dirasai. Seolah-olah pulau ini memanggil kita untuk ke pulau tersebut. Misteri bukan? Terpulanglah bagi andalah untuk percaya atau tidak. Seterusnya, perkara yang ingin saya ceritakan kepada anda tentang review-review yang dilakukan oleh para pemancing yang pernah memancing di sini. Ada yang kata ber

Tasik Kenyir Melancong dan Memancing

Image
Bila bercerita tentang Tasik Kenyir ni, semestinya kita sudah terbayang Ikan-ikan air tawar seperti .  Ikan Toman, Ikan Baung, Ikan Sebarau, Ikan Kaloi, Ikan Kelah, Ikan Tapah, Ikan Lampam dan Ikan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terengganu. Sebelum anda memancing di sini anda perlu mengetahui bahawa Tasik Kenyir akan mengalami musim kering pada setiap bulan 5 hingga bulan 9 setiap tahun, dan pada musim ini, Ikan kelah, Ikan Baung, dan Ikan Belida menjadi sasaran dengan menggunakan pancingan dasar. Ikan Toman juga boleh di casting pada ketika itu.Pada bulan 10 hingga bulan 4 pula setiap tahun paras air di empangan Kenyir akan naik secara mendadak akibat musim tengkujuh dan ketika itu Ikan Sebarau di

Candat sotong jom!

Image
Hey guysssss.. So harini saya akan ceritakan kepada anda tentang candat sotong. Saya rasa semua dah familiar dengan istilih mencandat sotong ni kan tapi tapi tapiiii.. saya yakin dan percaya korang ni mesti just tahu candat sotong ni tangkap sotonglah tapi anda taktahu caranya kan. Tengok pun mesti tak pernah. Untuk pengetahuan anda semua aktiviti mencandat sotong ini mendapat namanya kerana alatan yang kita gunakan semasa melakukan aktiviti ini iaitu candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut sotong yang hendak dicandat. Antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai. Alatan candat ni merupakan kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan seperti anak ikan ataupun udang plastik yang berkilat. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira

Memancing di Kelong

Image
Hye guys.. Kita berjumpa lagi hehe. Apa yang saya inginkan kongsikan kepada anda pada post kali ini adalah tentang memancing di kelong. Kelong? Apa tu kelong? tak pernah dengar pun. Haaa bagi sesiapa yang taktahu kelong tu apa kelong ini adalah binaan yang dibuat di luar persisiran pantai dan ia hanya dibuat oleh kayu. Fungsi kelong ini dibina adalah untuk tujuan perikanan atau untuk dijadikan tempat tinggal yang kedua bagi para nelayan. Selalunya kelong dibina tanpa menggunakan paku tetapi sebaliknya mereka menggunakan rotan untuk menyatukan kayu-kayu tersebut. Amboiii  arifnya admin ni pasal kelong hehe. Kalau anda semua nak memancing di kelong ni ada banyak risikonya. Risiko pasal keselamatan dan juga risiko untuk balik dengan tangan kosong. Kita tak mahulah perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita huhu. Oleh itu, sebelum kita memancing di kelong ni eloklah kita survey dulu tentang kelong yang kita hendak pergi. Pada masa sekarang ni tak susahlah kalau ki

Ketam Nipah Nyum Nyum Nyum

Image
Hey guys.. Good day for everyone sebab harini kannnn, saya akan berkongsikan kepada anda tentang ketam nipah. Dekat mana dia duduk.. macam mana nak cari dan kalau berkesempatan saya juga akan berkongsikan kepada anda semua resepi ibu saya sendiri iaitu ketam nipah masak So mari kita kenal kenal dulu ketam nipah ni apa sebenarnya. Selain daripada nama ketam nipah, ketam ini juga dipanggil sebagai ketam bakau ataupun ketam lumpur. Hal ini kerana habitatnya merupakan di kawasan hutan paya bakau yang berlumpur dan untuk pengetahuan anda semua ketam ini merupakan sejenis haiwan karnivor. Selain itu, ketam ini juga membiak secara bertelur dan beratnya boleh mencecah sehingga 4KG. Berat dan besar auuu. Untuk menangkap ketam nipah ini anda tidak boleh memancingnya tau, tetapi anda haruslah mengunakan bubu ataupun juga dikenali sebagai bento. Tetapi nak guna umpan apa ye. Haaaa umpan dia special sikit tau. Umpan yang digunakan adalah kepala ayam. Apa? Kepala ayam? Hahaha yupp. Ia m

Petua ataupun Pantang Larang memancing

Image
Assalammualaikum semua.. Harini saya akan berkongsikan kepada anda petua-petua ataupun pantang larang dalam memancing. Haaa dalam kita seronok-seronok memancing ni kita jangan lupa ye ada pantang larangnya jugakkk. Tapi terpulanglah kepada anda ye nak percaya ataupun tidak. Petua yang pertama yang ingin saya kongsikan kepada anda kita haruslah amalkan memberi salam apabila sampai ketempat kita hendak memancing. Memberi salam ni seolah olah memberikan pentanda bahawa niat kita baik. Ikhlaskanlah hati kita hanya untuk memancing demi mencari rezeki.Insyaallah, sekiranya niat kita baik, Allah akan permudahkan aktiviti memancing kita. Petua yang kedua, jika anda keluar memancing ketika larut malam di tempat-tempat seperti kawasan hutan ataupun di laut singgahlah dulu ye di tempat lain seperti kedai mamak ke.. kedai kopi ke.. Bila sampai di rumah pula berehat dahulu sebentar di luar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita diikuti oleh makhluk halus yang menetap di kawasan panc