Pulau Pemanggil memanggil-manggil..
Hey guys.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca. Harini saya rasaa malaslah nak kongsi tips-tips ni. Harini saya just nak kongsikan sebuah pulau yang amat cantik dan boleh juga dikatan antara syurga syurga dunia pada para pemancing. Sebuah pulau yang cukup popular di Johor. Pantainya yang bersih.. pasirnya yang putih jernih dan didiami oleh beratus hidupan yang berwarna-warni.
Pulau yang terletak di Mersing Johor ini mempunyai kisah misterinya tersendiri. Salah satunya adalah kisah tentang bagaimana ia mendapat namanya. Pulau ini dikatakan mengeluarkan bunyi seakan-akan gong dan sesiapa yang mendengar bunyi gong ini, perasaan memanggil-manggil akan dirasai. Seolah-olah pulau ini memanggil kita untuk ke pulau tersebut. Misteri bukan? Terpulanglah bagi andalah untuk percaya atau tidak.
Seterusnya, perkara yang ingin saya ceritakan kepada anda tentang review-review yang dilakukan oleh para pemancing yang pernah memancing di sini. Ada yang kata berbaloi dan ada juga yang mengatakan tak berbaloi. Maklumlah.. lumrah pemancing. Tak semestinya sentiasa dapat ikan. Tapi.. walaupun anda tidak mendapat hasil pancingan lumayan di sini.. saya seratus peratus yakin anda semua tidak akan merasa rugi melawat ke pulau ini. Hal ini kerana banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik selain memancing yang boleh dilakukan seperti scuba diving dan snorkeling.
Antara ikan-ikan yang famous bagi pemancing disini adalah ikan kerapu dan juga sotong di sini. Sebelum ini, saya ada menceritakan tentang mencandat sotong kan? Haaaa kalau anda semua nak tahu dekat sini cukup famous apabila musim mencandat sotong. Semua pencandat sotong dari satu Malaysia berebut-rebut nak datang ke sini untuk mendapat hasil yang lumayan. Secara peribadinya ikan yang menjadi favourite dan idaman bagi saya adalah ikan kerapu.. Hal ini kerana ikan kerapu ini mempunyai berbagai bagai jenis dan warna. Dan setiap warna-warna ikan kerapu ini membuatkan saya jatuh cinta terhadap ikan ini. Antara jenis ikan yang menarik perhatian saya adalah ikan kerapu bara. Warnanya yang terang benderang dan saiznya mampu mencecah saiz raksasa ini bukan sahaja diminati oleh saya sahaja.. tetapi ia juga menjadi kegilaan ramai pemancing di Malaysia.
Alamak terlajak jauh pulak dah hahaha.. Kita kembali ke Pulau Pemanggil. Bagi pemancing di luar sana carilah di internet pakej-pakej yang berpatutan untuk memancing di sini. Antara pakej yang berbaloi adalah pakej menginap sambil memancing. Pakej ini menyediakan bot daripada jeti sehinggalah ke Pulau Pemanggil. Makan dan dan minum juga disediakan tau. Bagi sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang pakej ini bolehlah call En Zurai 019-7690407.
Itu sahaja daripada saya.. Terima Kasih dan Selamat Memancing ye rakan rakan sekalian.
Comments
Post a Comment