Tips-Tips memancing di kolam
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. selama saya menjadi blogger ini dah banyak tips-tips yang saya kongsikan kepada anda semua. Memancing dekat kelong dah.. memancing dekat bawah jambatan pun dah.. memancing waktu malam pun dah. Haaaa kali ni lain pulak tempat yang ingin saya kongsikan pada anda. Ada orang cakap tempat ni tak ekstrem dan tidak memberi cabaran langsung kepada pemancing. Benarkah perkara tersebut.
Memancing di kolam menjadi tajuk utama yang ingin saya kongsikan kepada anda harini.. memancing di kolam ini nampak je mudah tapi kalau tak kena dengan umpan yang betul.. hmmm hampeh memang balik tangan kosonglah nak. Oleh itu saya nasihatkan pada anda semua janganlah bayar dan terus pancing. Sebaliknya, anda perlulah menjadi pemancing yang bijak dengan bertanyakan soalan kepada pemancing-pemancing dekat kolam tersebut. Bro, malu bertanya sesat jalan tau. Sekiranya anda telah berjaya mendapat formula umpan yang betul dekat kolam berkenaan jangan haraplah untuk berjaya juga di kolam-kolam yang lain. Hal ini kerana, lain kolam lainlah dietnya.
Selain itu tips yang boleh anda gunakan adalah anda haruslah memerhati permukaan air kolam tersebut.. untuk pengetahuan anda kolam pancing selalunya didiami oleh anak ikan talapia ataupun ikan lapam. Apabila anda memancing menggunakan umpan hidup seperti umpan udang hidup anak-anak ikan tersebuat akan makan umpan kita. Hal ini akan menyebabkan proses pemancingan kita untuk dapat ikan yang banyak tidak kesampai lahh huhu.
Seterusnyaaaaa.. bagi peralatan pula. Membawa joran yang bersaiz sederhana sudah memadai. Untuk perambut pula kalau boleh buatlah terlebih dahulu di rumah dan buat lebih daripada dua kalau boleh. Kita tidak mahulah membuang masa kita di kolam untuk ikat perambut aje tambah-tambah lagi kalau kolam yang berbayar. Buang masa dan rugi duit bro.. Pelampung tambahan juga kita haruslah juga bawak bagi sesiapa yang menggunakan batu ladung. Kita haruslah gunakan pelbagai teknik pacingan supaya rate kita untuk mendapat ikan menjadi tinggi hehe.
Next mari kita bercakap tentang masa yang sesuai untuk memancing di kolam ini. Ramai pemancing yang berpengalaman mengatakan bahawa memancing pada waktu pagi dan petang amatlah menguntungkan. Hal ini kerana, ketika waktu ini ikan-ikan di dalam kolam menjadi aktif. So janganlah anda pancing pada waktu tengah hari ketika waktu panas tersebut.
Lastly.. kalau anda nak tahu ikan yang paling digilai ramai ketika memancing di kolam ini adalah ikan siakap. Ikan siakap ni memang susah untuk ditangkap. Tapi kalau kena dengan caranya nak tangkap ikan siakap ni insyaallah semudah ABC. So untuk menangkap ikan siakap ini selalunya orang tidak mengetahui bilakah perlunya nak membiarkan ikan menarik umpan dan bilakah perlunya untuk kita sentap. Kita sepatutnya membiarkan ikan siakap tersebut membawa lari umpan kita terlebih dahulu. Hal ini kerana ikan siakap hanya mengepit umpan tersebut pada mulanya. Anda perlu tunggu selama tiga puluh saat barulah boleh menyentap ikan siakap tersebut.
Ini adalah teknik perambut untuk pelampong yang boleh anda cuba untuk memancing di kolam. Sampai sini sajelah kot perkongsian saya untuk kali ini. Saya harap post ini dapat membantu anda untuk menjadi pemancing kolam yang hebat. Aminnnnnnnnn.

Comments
Post a Comment