Tasik Kenyir Melancong dan Memancing
Bila bercerita tentang Tasik Kenyir ni, semestinya kita
sudah terbayang Ikan-ikan air tawar seperti . Ikan Toman, Ikan
Baung, Ikan Sebarau, Ikan Kaloi, Ikan Kelah, Ikan Tapah, Ikan Lampam
dan Ikan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik
Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan
tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing
popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu,
Sungai Tembat dan Sungai Leban Terengganu.
Sebelum anda memancing di sini anda perlu mengetahui bahawa
Tasik Kenyir akan mengalami musim kering pada setiap bulan 5 hingga bulan 9
setiap tahun, dan pada musim ini, Ikan kelah, Ikan Baung, dan Ikan Belida
menjadi sasaran dengan menggunakan pancingan dasar. Ikan Toman juga boleh di
casting pada ketika itu.Pada bulan 10 hingga bulan 4 pula setiap tahun paras
air di empangan Kenyir akan naik secara mendadak akibat musim tengkujuh dan
ketika itu Ikan Sebarau dikatakan amat galak dan ketika inilah masa terbaik
untuk kaki-kaki kasting turun ke Kenyir.
Antara keistimewaan memancing di Tasik Kenyir ini adalah
kemudahan memancing di sini cukup sempurna. Selalunya pemancing yang mengunjungi
Tasik Kenyir ini mereka menyewa perkhidmatan Houseboat. Haaa Houseboat tu apa
ye? Houseboat atau Rumah Bot adalah sebuah bot bersaiz besar yang
dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk katil, dapur, bilik air,
peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pastinya
membuatkan anda merasa selesa seperti berada di rumah sendiri. Untuk menyewa
perkhidmatan Houseboat ini anda perlulah survey houseboat tersebut. Lazimnya,
harga untuk menyewa sebiji Houseboat adalah dalam lingkungan RM1500-RM2000.
Mahal kan? Jadi untuk anda menyewa Houseboat ini ajaklah member member dan
saudara mara supaya takdelah kena tanggung sorang huhu.
Di samping itu, selain daripada aktiviti memancing anda juga
boleh melakukan pelbagai aktiviti di Tasik Kenyir ini. Antaranya adalah
aktiviti-aktiviti sukan air seperti jet ski, kayak, kenu, bersampan
dan berakit. Aktiviti ini dapat merapatkan lagi siratulrahim antara keluarga
kita dan kita juga dapat bersama melihat keindahan Tasik Kenyir.
Next, aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan oleh pengujung
Tasik Kenyir ini adalah melawat ke Santuari Kelah. Santuari Ikan Kelah ini
dibina oleh Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah bagi melindungi Ikan
Kelah yang semakin pupus akibat ancaman daripada aktiviti-aktiviti manusia yang
mencemarkan alam sekitar. Untuk sampai ke tempat ini anda perlu meredah kawasan
hutan tropika sekitar 1.7KM yang memakan masa hampir 45 minit. Banyak
pengunjung Tasik Kenyir mengatakan penat meredah hutan ini akan terubat apabila
tiba sahaja di Santuari Ikan Kelah ini. Badan yang letih kembali segar
melihat keindahan alam semula jadi dengan dihiburkan kicauan burung dan suara
sang cengkerik yang seolah-olah menyambut kedatangan tetamu rimba ini. Selain
daripada itu, harga untuk memasuki ke Santuari Ikan Kelah ini tidaklah terlalu
mahal hanya RM10 sahaja.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini..
Sekiranya anda ingin mengetahui keindahan Tasik Kenyir ini dengan lebih
mendalam. Tak cukup dengan sekadar membaca blog saya sahaja. Anda perlulah
pergi ke Tasik Kenyir ini sendiri. Bagi saya tempat ini adalah tempat yang
terbaik bagi pemancing-pemancing untuk membawa keluarga mereka melancong dan
lari dari kesibukkan bandar. Pemancing-pemancing di luar sana juga boleh
merapatkan lagi bonding mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti yang
ditawarkan di sini.
Comments
Post a Comment