Posts

Showing posts from April, 2018

Tips-Tips memancing di kolam

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. selama saya menjadi blogger ini dah banyak tips-tips yang saya kongsikan kepada anda semua. Memancing dekat kelong dah.. memancing dekat bawah jambatan pun dah.. memancing waktu malam pun dah. Haaaa kali ni lain pulak tempat yang ingin saya kongsikan pada anda. Ada orang cakap tempat ni tak ekstrem dan tidak memberi cabaran langsung kepada pemancing. Benarkah perkara tersebut. Memancing di kolam menjadi tajuk utama yang ingin saya kongsikan kepada anda harini.. memancing di kolam ini nampak je mudah tapi kalau tak kena dengan umpan yang betul.. hmmm hampeh memang balik tangan kosonglah nak. Oleh itu saya nasihatkan pada anda semua  janganlah bayar dan terus pancing. Sebaliknya, anda perlulah menjadi pemancing yang bijak dengan bertanyakan soalan kepada pemancing-pemancing dekat kolam tersebut. Bro, malu bertanya sesat jalan tau. Sekiranya anda telah berjaya mendapat formula umpan yang betul dekat kolam berkenaan jangan haraplah untuk berjaya

Pulau Pemanggil memanggil-manggil..

Image
Hey guys.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca. Harini saya rasaa malaslah nak kongsi tips-tips ni. Harini saya just nak kongsikan sebuah pulau yang amat cantik dan boleh juga dikatan antara syurga syurga dunia pada para pemancing. Sebuah pulau yang cukup popular di Johor. Pantainya yang bersih.. pasirnya yang putih jernih dan didiami oleh beratus hidupan yang berwarna-warni. Pulau yang terletak di Mersing Johor ini mempunyai kisah misterinya tersendiri. Salah satunya adalah kisah tentang bagaimana ia mendapat namanya. Pulau ini dikatakan mengeluarkan bunyi seakan-akan gong dan sesiapa yang mendengar bunyi gong ini, perasaan memanggil-manggil akan dirasai. Seolah-olah pulau ini memanggil kita untuk ke pulau tersebut. Misteri bukan? Terpulanglah bagi andalah untuk percaya atau tidak. Seterusnya, perkara yang ingin saya ceritakan kepada anda tentang review-review yang dilakukan oleh para pemancing yang pernah memancing di sini. Ada yang kata ber

Tasik Kenyir Melancong dan Memancing

Image
Bila bercerita tentang Tasik Kenyir ni, semestinya kita sudah terbayang Ikan-ikan air tawar seperti .  Ikan Toman, Ikan Baung, Ikan Sebarau, Ikan Kaloi, Ikan Kelah, Ikan Tapah, Ikan Lampam dan Ikan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terengganu. Sebelum anda memancing di sini anda perlu mengetahui bahawa Tasik Kenyir akan mengalami musim kering pada setiap bulan 5 hingga bulan 9 setiap tahun, dan pada musim ini, Ikan kelah, Ikan Baung, dan Ikan Belida menjadi sasaran dengan menggunakan pancingan dasar. Ikan Toman juga boleh di casting pada ketika itu.Pada bulan 10 hingga bulan 4 pula setiap tahun paras air di empangan Kenyir akan naik secara mendadak akibat musim tengkujuh dan ketika itu Ikan Sebarau di