Posts

Showing posts from February, 2018

Ban Pecah

Image
Hai manusia sekian alam.. Harini saya akan berkongsikan kepada anda satu tempat... bukan tempat biasa biasa yeee. Tempat yang menjadi syurga bagi kaki pemancing. Mengapa tempat ini ibarat syurga? Mari saya ceritakan kepada anda.. Tarikan utama bagi tempat yang bernama Ban Pecah ini adalah pemandangannya yang sangat cantik dan unik. Unik kerana pantai dan sawah di di tempat tersebut amat berhampiran antara satu sama lain.. Ibubapa saya ada menceritakan mitos tentang bagaimana feonomena unik ini berlaku.Mitos ini menceritakan sebahagian besar persisiran laut di Ban Pecah tersebut sebenarnya merupakan sebuah penempatan penduduk kampung tetapi telah disumpah oleh anak yatim kerana dianiaya oleh bapa saudara mereka. Nak percaya atau tidak terpulanglah kepada anda.. Selain itu, disini juga terdapat gerai yang menyajikan makanan yang sungguh tiptop.. Sebagai contoh Gerai mee udang Parit 30 yang hanya menghidangkan kepada anda udang dan ketam yang fresh dari laut sahaj